Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, January 12, 2018

HAPPY NEW YEAR 2018

Assalamualaikum..

Diam tak diam dah masuk hari ke 12 di bulan yang pertama di tahun 2018. Anak-anak pun dah 2 minggu masuk sekolah. Alhamdulillah dalam proses penyesuaian diri pada jadual waktu baru.
Kak Long Najwa dah masuk tahun 4, sesi sekolah pagi.
Kak Ngah Najihah dah tahun 1, sesi sekolah pagi juga.
Tapi 2 beradik ni bersekolah di sekolah yang berlainan. Sengaja dirancang begitu untuk memudahkan pergerakan keluar masuk sekolah.
Sesi petang pulak Sekolah Agama Rakyat yang sama.


Untuk kakyung, alhamdulillah tahun 2017 meninggalkan kenangan pahit manis yang bermacam-macam. Yang pastinya banyak hikmah dan ibrah yang kakyung dapat bagi meneruskan azam di tahun 2018.
Resolusi 2018 yang kakyung nak kongsikan:
#1: ForGIVE to ForGET
#2: Program permbersihan kolam hati
#3: Redha, Sabar & Syukur
#4: Menjemput Rezeki
#5: Be the best version of yourself

Untuk tahun-tahun yang mendatang ada satu misi yang kakyung sedang usahakan. In Shaa Allah semoga ia dipermudahkan dan bila terlaksana kakyung akan terus istiqamah.. aamiin.

Biar gambar bercerita...


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me