Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, September 28, 2017

3 MANFAAT KULIT BUAH PISANG UNTUK KESIHATAN KULIT
Buah pisang sangat sinonim dalam kalangan kita untuk proses melawaskan makanan yang dimakan. Ada juga sesetengah daripada kita yang makan untuk membantu merawat kulit wajah agar nampak lebih cantik.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Ramai yang menganggap kulit pisang tiada guna dan selepas makan pisang, kulitnya dibuang begitu saja. Tak ramai juga yang tahu selain buahnya yang dapat memberi manfaat dalam hal kecantikan, kulit pisangnya pula bermanfaat untuk kesihatan kulit.
Jadi, dalam post kali ini, kami akan sharekan pada anda 3 Manfaat Kulit Buah Pisang untuk mengatasi masalah pada kulit. Nak tahu apa manfaatnya? Jom kita tengok di bawah ni 😉

1. Menghilangkan Bekas Luka
  • Kulit yang hitam bekas luka tentunya sangat mengganggu penampilan apa lagi anda seorang wanita yang berpenampilan menarik. Tetapi dengan menggunakan pisang anda dapat dengan mudah menghilangkan masalah demikian. Caranya cukup meletakkan atau menempelkan kulit pisang dan sedikit gosokkan kulit pisang pada bahagian bermasalah.

2. Mengatasi Rasa Gatal Akibat digigit Serangga
  • Saat digigit serangga kulit akan menjadi merah dan muncul bitnik-bintik kecil pada kawasan yang digigit dengan serangga tersebut. Tetapi anda cukup mengoleskan kulit pisang ke bahagian digigit serangga dan biarkan hingga rasa gatal hilang.

3. Menghilangkan Kutil pada Kulit
  • Kutil sama seperti tumor, maka atasilah secepatnya dengan tuntas. Salah satunya mencuba dengan memanfaatkan kulit pisang dengan menggosokkan dengan teratur dan kosisten pada kulit yang terkena kutil pada malam hari. Dan lihat dalam beberapa minggu kutil akan menghilang.

 Wow ! Memang bermanfaat sangat kulit pisang ni kan. Rupanya ramai yang tak tahu. So, pada anda yang dah tahu jangan lupa share kan pada rakan-rakan anda yang lain tentang info ni. Semoga bermanfaat untuk anda semua !


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me