Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, July 21, 2017

#22: Rambut sama hitam...

Assalamualaikum wbt.. Selamat Pagi!

Kakyung lahir bulan Julai. Sapa lahir bulan Julai?? Kita geng...


  1. Sangat suka didamping. 
  2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. 
  3. Agak pendiam kecuali dirangsang. 
  4. Ada harga dan maruah diri. 
  5. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. 
  6. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. 
  7. Sangat menjaga hati orang lain. 
  8. Sangat peramah. 
  9. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. 
  10. Berjiwa sentimental. 
  11. Jarang berdendam. 
  12. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. 
  13. Tidak suka benda remeh-temeh. 
  14. Membimbing cara fizikal dan mental. 
  15. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. 
  16. Layanan yang serupa terhadap semua orang. 
  17. Tinggi daya simpati. 
  18. Pemerhatian yang tajam. 
  19. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. 
  20. Mudah dan rajin belajar. 
  21. Suka muhasabah diri. 
  22. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. 
  23. Suka mendiamkan diri. 
  24. Suka duduk di rumah. 
  25. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. 
  26. Tidak agresif kecuali terpaksa. 
  27. Lemah dari segi kesihatan perut. 
  28. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. 
  29. Minta disayangi. 
  30. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. 
  31. Terlalu mengambil berat. 
  32. Rajin dalam membuat kerja 

Setiap orang ada keunikan tersendiri. Rambut sekarang pun bukan semuanya warna hitam. Dah bermacam-macam warna.

Allah SWT pun dah berfirman

QS AL HUJURAT:13
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Jadinya kejadian Allah tu tak sia-sia. Pasti ada hikmah, teladan dan petunjuk yang Allah nak kita singkap dan bongkarkan.

Kakyung special dan unik in my own way. Yang mana korang nak tau korang mesti kena kenal kakyung dulu. Tak kenal, makanya tak tau le.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me