Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, March 15, 2017

Cuti-cuti keluarga Geng Suami & Isteri

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah... seperti yang dirancangkan plan bercuti ke Cameron Highlands menjadi kenyataan. Alhamdulillah dapat kawan-kawan yang sekepala. Jadi cuti-cuti tu havoc dan happening!

Kitorang gerak pagi Sabtu dan bermalam di homestay (apa tah nama tempat homestay tu..hehehe). Dan bertolak balik turun dari Cameron petang ahad. Banyak jugak la tempat kitorang gi jenjalan, cuma tempat strawberi dan lavender tak dan nak menjengah. Orang ramai giler!! Jam jugak la jalan kat atas nun...


Sejuk tak sejuk siang hari rasa gak la berpeluh di Cameron tu, bila sampai malam dan kena pulak hujan memang berstoking la dalam rumah tu.. (lantai jubin memang lawan sejuk la kaki ni). Syok malam tu kitorang pakat-pakat buat steamboat dan BBQ. Memang dah siap bawak bahan perap dari Ipoh dan bahan-bahan steamboat sekali. Kat situ masak kuah dan prepare nak makan je. Alhamdulillah rezeki Allah melimpah ruah sampai tahan la bawak balik makan tengah hari pulak lauk malam tu... 


Bebudak memang seronok la berjalan, langsung tak penat 'berjoget'!





Bercuti ramai-ramai camtu memang best! In Shaa Allah nanti nak plan cuti-cuti lagi dengan geng sefamily Suami & Isteri.. Aamiin.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me