Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, December 10, 2016

#9: Self Improvement 2016

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tak terhingga banyaknya dan yang tak disangka-sangka datang dari segenap penjuru. Terima kasih Ya Allah...

Projek #selfimprovement saya mula dilancarkan (chewah....ayat power!!) pada tahun 2014. Sebab saya mula rasa bosan dengan kehidupan yang sama dan saya fed up berhadapan dengan kehidupan yang sama pada masa tu. Alhamdulillah... Allah kasihkan kita dengan pelbagai cara. DIA memberikan kita petunjuk, jalan dan kemudahan cara dalam pelbagai bentuk. Kita kena terima dengan redha apa yang berlaku dalam kehidupan kita ok ke tak, bagus ke tak, lebih bagus atau tak dari orang lain. Kita kena berlapang dada bersangka baik dengan semua yang dah Allah rancangkan untuk kita. Bila kita redha, kita akan lebih bersabar dan kemudian kita akan berdoa dan berikhtiar dan akhirnya kita akan berserah kerana segala perancangan yang lebih baik itu datang dari Allah.

Alhamdulillah... dalam 2 tahun kebelakangan ni saya mampu merasa bangga dengan apa yang saya capai dalam hidup saya. Tiada yang lebih bermakna untuk kita kecapi selain dari "inner peace". Insya Allah saya akan terus istiqamah... Amin.

Sebelum ni saya adalah seorang yang negatif thinker. Saya membina "TEMBOK BERLIN" di sekitar hidup saya menolak untuk sesiapa masuk ke dalam hidup saya. Maka jadilah saya seperti kera sumbang. Kemudian saya mengorak langkah perubahan pertama iaitu untuk SENYUM. Memang sukar permulaannya. Bukan malu tetapi sebab pemikiran negatif tu saya takut bertentang mata dengan orang yang tak dikenali. Itu yang membanggakan saya sekarang sebab saya mampu memberikan SENYUMAN kepada orang yang tak dikenali walaupun orang tu tak reply balik dengan Senyuman.

Kerana pemikiran negatif membelenggu diri, saya selalu rasa rendah diri. Alhamdulillah kini saya boleh mendabik dada sebab saya dah dapat lawan sifat negatif tu... (eeeee... kereknya!!). Bukan senang nak ubah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Dengan anak-anak pun terkena tempias pemikiran negatif saya tu, bila rasa marah anak-anak jadi mangsa teriak tempik terpekik terlolong saya. Jangan la tersilap sikit... jadi monster la saya. Alhamdulillah... perlahan-lahan saya buang sikap negatif tu terhadap anak-anak. Kesian mereka jadi mangsa, sedangkan diorang tak bersalah pun.

Untuk kita merasa tenang, kita perlu let go dulu barang yang dah lepas. Forgive yourself and others. Kemudian kita kena bersungguh-sungguh melepaskan peristiwa yang membuat kita rasa sedih, tertekan, pilu, menderita, terseksa...

Untuk kehadiran 2017, permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu kebaikan. Allah dah janjikan yang baik akan dibalas kebaikan. Insya Allah. Jom kita sama-sama beristiqamah melakukan kebaikan setiap hari! 

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me