Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, October 22, 2016

#3: Three stooges, Makhluk Paling Seksi dan Karpet berbulu....

Assalamualaikum.... Morning!!

Semakin hari rasa bersemangat nak improve dan upgrade presentation blog ni. Rasanya dah macam rumah sendiri pulak, nak mendecorate dan merenovate bagai blog ni. By the way, jangan terkejut dengan tajuk entri hari ni ye. Nak perkenalkan kepada semua anak bulus, mak bulus and bapak bulus yang menginap desa di rumah saya.


The Three Stooges, Belang Abu Chimi

 


Karpet Berbulu... Atam @Hitam

Makhluk Tuhan Paling Seksi, Nomey

Bulus-bulus semua tu kucing yang datang ke rumah.. diberi makan dah jadi le penduduk tetap kat rumah saya tu. Citernya pasal si Nomey tu leh tengok kat sini nanti ye. Oh ya! Nak tambah sikit, Nomey sekarang tengah bunting anaknya si karpet berbulu tu... Dah sarat dah tu tinggal nak meletup je.

Tentang The Three Stooges tu, Belang dan Chimi anak kepada Nomey. Chimi betina dan Belang jantan. Kedua ekor ni Chimi yang paling nakal, aktif dan banyak akal. Hehehe... Belang ni mungkin kacuk ngan kucing jantan yang tak sesuai menyebabkan kerap sakit. Sekarang ni masih belum sembuh selesema dan batuk. Kekadang tu mata berair je. Saya nak ikhtiar ubat secara tradisional dah cuba bagi air kelapa muda, ada perubahan cuma tinggal selesema dan batuk. 

Si Abu tu pulak citernya kucing yang datang entah dari mana tak pernah tengok di sekitar kawasan rumah, tup tup menjelma dia di depan pintu rumah saya. Mulanya tak nak bela, cuba halau last-last ke rumah saya juga dia menginap. Maka jadi penduduk tetap di rumah saya.

Citer pasal si karpet berbulu tu pulak @ Atam/Hitam, kucing ni kucing bertuan. Pemiliknya jiran dekat umah saya. Mula-mula muncul sekadar bagi makan je la. Kesian sebab mengiau kelaparan. Tetiba Atam jatuh cinta pandang pertama dengan si Nomey tu. Makanya jadilah jugak Atam penduduk separa tetap di rumah saya dan meninggalkan baka semulajadi dalam perut si Nomey tu. Nanti kita tengoklah menjadi ke idak baka Atam tu dengan Nomey.

Semua tau kucing ni haiwan 'berperasaan' dengan manusia. Dah kenal tuannya, ke mana aje saya nak pergi keluar mesti nak ikut. Yang tak tahan tu bila petang-petang saya bawak anak ke taman permainan dekat umah, yang three stooges tu mesti nak ikut. Jalan kaki aje pun...dekat. Pasti three stooges tu ikut sama jalan ke taman. Comel!

Gitulah citernya tentang anak-anak bulus saya. Jumpa lagi!

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me