Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, August 1, 2016

Makhluk Tuhan paling seksi

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Secara fitrahnya saya memang pencinta kucing. Sangat! Mudah tersentuh dan amat sensitif dengan makhluk tuhan paling seksi ni. 

Masa saya mula-mula masuk umah baru kami, entah dari mana munculnya datang kucing macam biasa le mesti le mintak makan. Tak sampai hati jadi kami biarkan je kucing tu tinggal kat sekitar umah dan kami bagi dia makan. Semenjak tu sekor demi sekor datang kucing jalanan (honestly tak tau bertuan ke tidak..) ke rumah kami dan kami tetap bagi makan. Dah 2 tahun duk kat umah tu sekarang dah ada 5 ekor kucing yang stay datang on and off untuk makan.

Nak share citer salah satu dari kucing tu yang kami panggil Nomey. Macam biasa Nomey muncul entah dari mana tak tau bertuan ke tidak. Dok miaw miaw belakang umah. Mula tu saya tak layan dah banyak sangat yang datang ingat bila tak layan tu dia gi ke rumah orang lain la... Kisahnya abang ipar saya ambik dan jaga dia (masa tu dia keje di Ipoh). Bila dia dah balik semula keje di KL, saya di amanahkan untuk memberi makan kepada Nomey. Akhirnya jadi juga tuan kepada Nomey. 

Citernya Nomey ni kucing betina tapi gaya 'tom cat'. Lincah, lasak suka main, garang jugak. Yang buat tak tahan dia ni gelagat dia dan gaya dia bila tidur. Macam-macam gaya yang mana lebih kepada gaya ayu gitu! Tapi ada satu gaya favorite yang memang dia suka buat sempat saya rakam. 

Ni dia... Tdo kuak terlentang!

 Sabo je la... Hehehe

Apapun, memang geram sangat dengan Nomey ni. Tengok la gaya dia ni pulak... Sapa dapat tahan?!

Entah apa angin dia duk kat dustbin tu...

Ngada2!!
 

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me