Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, July 9, 2014

Cerita Ramadhan Lagi: Sihat bermula Ramadhan ini

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Sejak masuk umur 3 series ni, saya mula mengambil berat tentang kesihatan dan kecantikan (sebab masa zaman bujang tak pernah ambik berat langsung dan tak pernah ambik tau)....

Alhamdulillah...diketemukan dengan ilmu tentang kesihatan dan kecantikan melalui konsep MRT (boleh jelajah lanjut kat sini). Mula membaca dan menelaah tentang kesihatan (paling senang nak dapat info tentang kesihatan dalam akhbar BERITA HARIAN, UTUSAN DAN HARIAN METRO setiap hari Ahad) sehingga diketemukan dengan buku ini 365 Tips Sihat Gaya Rasulullah.

(Biodata penulis di sini.)


Bila berbicara tentang kesihatan, ramai yang fokus kepada kesihatan tubuh semata-mata. Sebenarnya kesihatan itu satu perkara yang holistik. Merangkumi kesihatan jasmani, mental, rohani, emosi dan sosial. Ia dinamakan kesihatan holistik.

Jika kita mengabaikan salah satu dari semua perkara tu, jadi pincanglah kehidupan kita. Senang cakap belum cukup sihat lagi..... Cuba perhatikan keadaan sekeliling anda, ramai yang nampak sihat fizikal tetapi rohani dan mental mereka sakit. Dari segi sosial juga ramai yang tak perasaan ada yang 'berpenyakit'.

Panjang pulak celotehnya... Dipendekkan cerita, jadikan Ramadhan kali ni sebagai pencetus (turning point) bagi kita untuk mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik. Terutama dari segi kesihatannya.

Setiap amalan yang kita lakukan di bulan Ramadhan boleh mempengaruhi tahap kesihatan kita secara holistik. Sebab apa dari masa bersahur, semasa sedang berpuasa, berbukanya dan amalan ibadat yang dilakukan sepanjang bulan ini boleh memberi pengaruh kepada tahap kesihatan kita untuk hari-hari yang seterusnya.

Sebagai contoh, amalan sunat ketika berbuka dengan memakan kurma terlebih dahulu dengan makan sedikit dan berhenti makan sebelum kenyang, lepas berbuka, kita berterawih pula. Semua tu akan mempengaruhi!

Dalam bulan Ramadhan juga kita diajar untuk bersabar, ia salah satu cara untuk mempengaruhi tahap kesihatan kita. Dalam buku di atas ada menyebut,

"Sering marah ataupun marah secara berlebihan dapat menyebabkan penyakit di dalam jantung dan pembuluh darah. Nabi berkata Marah berasal daripada syaitan dan syaitan terhasil daripada api. Maka padamkanlah kemarahanmu dengan berwuduk. "

So, tak susah nak jadi sihat sebenarnya. Tak semestinya hanya dengan makan suplemen atau mengamalkan diet seimbang kita akan sihat. Ilmu ini perlu dicari, saya ada untuk dikongsikan kepada anda.

Get to know me and more call/whastapp 017-5346280.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me