Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, January 2, 2013

1st Day School

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

2nd January 2013, hari pertama persekolahan Kak Long Wawa dan Kak Ngah Najihah.

Kak Long masuk Tabika Kemas dan Kak Ngah masuk Taska Permata Kemas.

Masa hantar pagi tadi, kak long memang rileks aje la... dah biasa dengan school dan cikgu-cikgu di situ. Yang si kak Ngah, nampaknya ok. Excited tengok kakaknya berbaju sekolah, berkasut sekolah dan berbeg sekolah. Masuk ke dalam taska terus menyelongkar setiap sudut permainan yang ada di dalam taska tu. Tinggalkan dia dengan pesanan penaja, dan kak Ngah menganggukkan kepala tanda faham (cute sangat masa ni!).

Kak Long dapat ramai kawan yang baru pulak. Dia ke tabika kemas bersama-sama dengan sepupunya, Mukhriz. Dari awal dah berkepit berdua. Sepupunya baru first time ke sekolah, belum ada pengalaman. Harapnya Wawa dapat biasakan diri dengan environment baru dan kawan-kawan baru.

Permulaan baru di tahun baru 2013, semoga anak-anak ibu menjadi murid yang baik di sekolah.



No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me