Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, November 19, 2010

Low Milk Productions and Supply

Kalu korang tgk past n3 aku, banyak jugak yg aku bincangkan hal berkaitan MILK PRODUCTIONS nih...

Aku takkan henti membicarakan tentang nih sehingga aku sendiri melalui dan merasai pengalaman sebenarnya. Sebab buat masa nih aku leh citer ttg teorinya sahaja kan...


Kalu bercakap pasal Milk productions aku suka refer kepada buku rujukan aku di bawah nih...


**Boleh juga refer kepada note aku tentang BF...ALL ABOUT BREASTFEEDING.


Sebabnya penjelasan berkenaan dengan keadaan fisiologi tubuh kita sebagai wanita dan penerangan tentang konsep penghasilan susu ibu tu sangat jelas dan details. Sangat elok untuk dibaca....

Kali nih, aku nak bercakap lagi tentang Milk productions, hasil dari perbincangan masa SGM lepas. Dalam SGM ari tuh, kitorg bincang pasal 'Low Milk Productions and Supply', permasalahan biasa yg dialami oleh setiap nursing mom.

Cumanya aku mintak supaya moderator iaitu Pn Nadrah menjelaskan dalam perspektif yg lain.

Soklan aku.... sebagai ibu2 preggy and new mommies yg ingin exclusive BF, apa persediaan nk hadapi situasi low milk productions and supply??

Hasil perbincangan:

1. Persediaan bermula dari semasa preggy iaitu dengan mendalami ilmu tentang Penyusuan Susu Ibu

2. Skin to skin contact pada minit yang pertama sejurus selepas bayi dilahirkan.
**Dengan syarat, bayi sihat dan tiada komplikasi, even kalu bersalin czerr pun boleh mintak dari nurse or doc utk nursing baby dulu sblm bb dibawa 'lari'. Ramai yg tak tau tentang nih(termasuk aku).

3. Rooming In bersama bayi di mana peluang bagi kita untuk supply mengikut demand bayi.
**Ibu-ibu perlu belajar dan tahu tentang earlier hunger cues di mana ini memudahkan kita mengetahui saat dan ketika bayi perlu disusukan.

4. Minggu2 awal bersama bayi perlu dilaksanakan konsep supply and demand di mana kita tidak digalakkan untuk membentuk jadual penyusuan bagi bayi sebaliknya kita melihat kembali hunger cues itu tadi dan berikan bila bayi memerlukan susu ibu (on demand).
**Boleh terjah sini Nursing your Newborn.

5. Bagi ibu2 bekerja, 2 minggu selepas kelahiran dah boleh mula pumping untuk stimulation cik B. And at the same time leh mula wat stok.

6. Selainnya.. bersabar, berdoa berusaha dan bertawakal agar dipermudahkan perjalanan Penyusuan susu ibu bagi anak2 kita... AMIN..


P/s: Breastfeeding is forever a learning process for both mom and baby.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me