Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Sunday, May 2, 2010

BESTNYA KENA URUT


Korang penah kena urut tak? Atau mengurut badan (tak kisah le di mana-mana salon kecantikan, rumah sendiri atau spa) menjadi salah satu kemestian dan aktiviti dalam jadual korang?

Urut (massage) adalah salah satu teknik yang sangat terkenal dalam kehidupan mana-mana bangsa di dunia ni. Yang membezakannya adalah teknik, cara dan medium yang digunakan untuk melakukan proses pengurutan.

Aku sendiri suka nak berurut tapi tu la, ada orang kata sekali dah mula berurut nanti jadi addicted. Betul ke? Kali terakhir aku berurut pun masa tengah pantang 2 tahun dulu, itu pun dapat buat 3 hari je.

Tapi hari ni aku dah belajar cara berurut yang lain teknik, cara dan mediumnya. Memang best! Actually teknik berurut yang aku lalui tu merupakan tradisi urutan masyarakat Cina yang telah digunakan sejak zaman berzaman. Teknik pengurutan ini dinamakan Bio Aktif GuaMoxa.

Uih!!! Macam-macam istilah le aku ni kan. Tapi aku belajar semuanya bila aku menyertai Elken. Sekali lagi aku katakan yang aku bukan hanya bercerita kosong tapi nak berkongsi tentang apa yang aku tahu tentang cara sihat untuk kekal sihat, langsing dan cergas.

Bio Aktif GuaMoxa adalah gabungan teknik pengurutan Gua Sha (Guasa) dan Moksibasi (Moxa). Gambar di bawah merupakan set lengkap untuk melakukan urutan GuaMoxa. Sebenarnya GuaMoxa adalah gabungan 2 teknik pengurutan masyarakat cina iaitu Gua Sha dan Moksibasi. Korang leh tahu details tentang teknik ni dengan klik link di atas tu.

Set Terapi Bioaktif GuaMoxa

Set ini terdiri daripada beberapa peralatan dan mempunyai fungsi serta tujuan yang tertentu. Antaranya:
1. Papan Guasa


  • Diperbuat daripada tanduk.
  • Mempunyai fungsi mengilangkan kepanasan dan kehangatan serta berupaya menghapuskan toksin.
  • Tebat haba dan elektrik serta tidak mencederakan kulit.

2. Minyak Aro Guasa

  • Diperbuat daripada ekstrak beri juniper, rosemary, thyme, halia dan lada hitam.
  • Faedah utama adalah meningkatkan peredaran 'qi' (darah).
  • Menggalakkan kesihatan menyeluruh.
  • Menstabilkan emosi.
  • Detoksifikasi.

3. Dupa Moxa

  • Dupa Moxa menghasilkan tenaga inframerah medium dekat dan antioksidan serta mengandungi adunan sinergistik aktif halus seperti Artemisia Argyl, Rosemary, Gingko Biloba dan daun Linden yang membantu mengharmonikan yin dan yang dalam badan.
  • Fungsi utama adalah meredakan kegelisahan, melegakan serta mengurangkan kesakitan.
  • Membantu metabolisme dan penyingkiran toksin yang lebih mendalam.
  • Melegakan saraf, memperkuat daya ingatan dan konsentrasi.

4. Krim Moxa
  • Satu formulasi eksklusif yang mengandungi 6 jenis minyak- biji anggur, badam, rose hip, zedoang, halia, kayu manis dan 6 ekstrak herbal- arnica montana, ginseng, aloe vera, gingko biloba, angelica cina (dang gui) dan chamomile.
  • Kesan utama adalah anti keradangan, memulihkan parut melecur dan kecederaan ringan, memulihkan tisu yang cedera dan melegakan saki-sakit otot dan gatal-gatal.
  • Mengurangkan kesan ultraungu pada kulit, melancarkan peredaran darah di kapilari serta meningkatkan metabolisme.

5. Pembakar Dupa Moxa
  • Bahan seramik yang berkualiti tinggi untuk kesan rawatan yang selamat.
  • Bukan produk plumbum dan kadmium.
  • Digunakan untuk membakar Dupa Moxa.

Korang leh dapatkan gambaran sebenar cara dan teknik pengurutan GuaMoxa ni dengan melihat video clip di dalam link ini.

Sapa yang belum pernah cuba boleh cuba di rumah atau di mana sahaja. Ketika berehat, menonton tv, tunggu bas kat bus stop pun boleh buat urutan ni tau. Ini kerana urutan cara GuaMoxa ini mempunyai keunikan:
1. Mudah dan senang dipelajari
2. Boleh dilakukan pada bila-bila masa
3. Boleh dilakukan dalam keadaan berpakaian- jadi tak perlu berkemban bagi perempuan atau membuka baju bagi lelaki untuk berurut dengan cara GuaMoxa ini.
4. Tiada sebarang kesan sampingan terhadap penggunaan kelima-lima alat GuaMoxa tersebut.

Apalagi? Selamat Mencuba....!

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me