Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, April 17, 2010

AIR DAN KEHIDUPAN MANUSIA


Antara air dan elektrik, yang mana satu korang pilih? Aku tau dua-dua pun penting, tapi bagi aku sebagai peniaga, takde letrik tu leh tahan lagi le. Takde AIR??!!! Memang tak dapat le nak niaga ari tu. Sebabnya nak masak bubur nasi aku tu kena guna air, nak masak sup kari pun kena pakai air. Nak rebus udang, ayam, daging pun kena pakai air...

Lagi satu kalau bulan puasa. Korang lapaq makan ke lapaq ayaq??? Kalau bulan puasa tahun lepas 2009, pengalaman aku niaga kat bazar Ramadhan Medan Gopeng Ipoh, dengar azan je aku terus pulun air dulu!!! Satu bungkus air RM2.00 tu pun aku boleh habiskan sorang-sorang...

Dipendekkan cerita, AIR dan KEHIDUPAN bagai IRAMA dan LAGU, tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah kehidupan kita. Betul tak?? Mestilah betul..... Tubuh badan kita sendiri terdiri daripada 72 peratus air, lapan peratus kombinasi bahan kimia dan baki 20 peratus lagi merupakan tulang dan tisu-tisu badan (sumber:
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1146540940744).

Untuk bercerita tentang air, korang tahu tak air ni sebenarnya apa?

Mesti ada yang pertikai, kenapa nak tanya soalan macam ni, air tu air le... kan? Sebagai menambah ilmu, aku buat sedikit research tentang air dan apa yang boleh aku kongsikan selebihnya ada di dalam web link ini http://id.wikipedia.org/wiki/Air. Aku tahu mesti korang heran apasallah banyak sangat web link dan dah macam assignment masa belajar dulu pulak. Aku suka bercerita tentang fakta, tak suka mereka-reka cerita dan di samping itu kita berkongsi dan sama-sama belajar. So, you all terpaksa le get use to it... :D.

Kita sambung balik...air tu apa ek?

Air adalah unsur penting bagi semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Terdiri daripada komponen molekul H2O dan itu le yang sebenar-benarnya air.

Namun begitu, bagi manusia sumber AIR BERSIH adalah amat kritikal dalam keperluan hidup kita seharian. Tanpa sumber air bersih, sukar untuk kita menjalani kehidupan setiap hari. Keperluan air bagi manusia terbahagi kepada dua iaitu sebagai air minum dan pelarut.

Sebagai air minum yang bersih, seharusnya kita mendapatkan dari sumber air yang juga bersih. Tapi sejauh mana keyakinan kita terhadap sumber air bersih yang sampai ke dalam rumah kita? Ya, aku tau yang itu sahaja sumber air untuk keperluan harian kita di rumah. Tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan sumber air di rumah itu BENAR-BENAR BERSIH dan TERJAMIN? Sekurang-kurangnya mengelakkan kita dijangkiti penyakit sebab air yang kita minum dari paip di rumah.

Sebelum berbicara lebih lanjut tentang air, ingin aku berkongsi sedikit maklumat tentang bagaimanakah air boleh menjadi punca kepada penyakit, hatta air yang kita minum di rumah juga boleh mendatangkan penyakit. Tak percaya?

Menurut definisi dari web Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Air_bersih, air bersih merujuk kepada sumber air yang tidak mempunyai rasa, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mengandungi LOGAM BERAT. Selain itu, walaupun sumber air yang masuk ke rumah kita boleh diminum tetapi dikhuatiri terdapat risiko bahawa air tersebut tercemar oleh bakteria (misalnya bakteria Escherichia coli) atau zat-zat merbahaya yang lain. Walaupun kita memasak air tersebut sehingga 100 darjah celcius, masih lagi terdapat zat-zat berbahaya seperti logam yang tidak dapat dihapuskan dengan cara ini.

Menurut artikel di dalam web CNN http://edition.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/17/eco.about.water/, 50% penduduk negara membangun akan menghadapi satu atau dua penyakit yang berpunca dari air, dan kebanyakan yang menjadi mangsa adalah KANAK-KANAK. Antara penyakit yang sering dihidapi oleh kanak-kanak akibat dari penyakit berkaitan air ialah diarrhea dan penyakit kulit.

Selain itu, itu terdapat pelbagai perdebatan mengenai air bersih yang sesuai untuk diminum oleh manusia. Aku suka untuk berkongsi artikel di dalam web WHO http://www.who.int/water_sanitation_health/emerging/emergingissues/en/ tentang bagaimana terdapat isu berbangkit tentang air dan wabak penyakit berjangkit yang salah satunya disebabkan oleh bawaan patogen di dalam air.

Untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh air, kita digalakkan untuk minum AIR TULEN iaitu komponen air tulen H20 yang sempurna (air bersih, tulen dan bebas dari bahan pencemar). Air tulen merujuk kepada air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran. Salah satu cara untuk mendapatkan air tulen adalah melalui proses Osmosis Songsang (Reverse Osmosis). Korang boleh jugak tengok tentang RO di web ini http://espwaterproducts.com/about-reverse-osmosis.htm#rodo.


Jika sekiranya korang nak tau tentang cara untuk mendapatkan air tulen ni, tunggu.... Ikuti lagi siri berkenaanya nanti.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me