Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, April 29, 2010

APA CITER...?

Nak citer tentang diri aku memang takde pape yang menarik. Lagipun hidup aku full time di kedai. So takde pape excitement that's why blog aku penuh ngan citer-citer ilmiah yang boleh buat orang BORINGG.....:D. Tapi it's ok sebab aku suka share any info yang aku dapat. Especially sekarang ni aku dah terjebak ngan MLM. Wakakakaka... padan muka aku.

Hem... nak dikisahkan, sebenarnya aku memang tak minat nak terjebak ngan mana-mana MLM. Tapi tu le rezki Allah ada di mana-mana saja. Yang penting kita ni sanggup nak berusaha mencari tapi mencari rezki yang HALAL saja ye...

At first dulu ada member kamceng ajak join satu MLM ni (nama MLM dirahsiakan). Masa tu aku memang tak de minat langsung, yang aku tau nanti dah terjebak nak kena kuar modal beribu-ribu peh tu beli produk banyak-banyak yang pakai satu je yang lain nak kena cari orang beli peh tu nak kena cari downline plak. Memang bukan minat aku...!

Tak semena-mena Jan 2010, datanglah seorang kakak bercerita pada aku tentang kebaikan produk yang dipakainya. Dia menggunakan produk kesihatan ini untuk anaknya yang mengalami penyakit kronik (aku tak tau jenis penyakit itu), di mana anak dia ni seluruh kulit badannya sangat sensitif dan sehingga selalu demam dan sakit-sakit. Aku tak pernah kenal anak dia dan kakak tu sendiri, walaupun kami meniaga di satu tempat yang sama tapi just kenal-kenal sebagai pelanggan je la (sebab kekadang aku beli makan kat gerai dia walaupun aku sendiri menjual makanan.. hehehehe).

Dah berbuih mulut aku cakap aku tak minat, malas nak cari orang, apatah lagi takde masa aku nak gi ke ceramah-ceramah dia. Tapi aku "terperangkap" sebab dia tolong aku bayar yuran keahlian untuk menjadi ahli, sebanyak RM75.00. Dapat le aku starter kit ngan produk free Dr. Xeniji (harga asal RM97.70). Kira pinjam duit dia le tu, aku berhak tak bayar tapi kita ni orang Islam, walau bukan berhutang dengan rela tapi dah kira pakai duit dia. Dengan rasa sebal aku terima dan aku bayar balik hutan RM75.00 tu.

Lepas tu pun aku masih takde minat, aku dengor aje apa yang dia citer tentang kebaikan dan bla..bla..bla... tentang produk tu. Akhirnya ditentukan Allah aku terpandang muka sorang ni dalam fliers untuk ceramah bertarikh 26.03.2010 di Ipoh. CCM Elee Salmi Binti Ishak, rasa-rasa macam aku kenal muka ni. Nama pun aku rasa macam biasa aku panggil. Aku tenung-tenung, tilik-tilik sampai satu ketika aku betul-betul yakin aku kenal insan tersebut. (Gambar kak Elee di tengah)


Akan datang

Menjelang tiba hari tersebut, aku tak sabar-sabar nak tengok muka penceramah tu, bukan sebab excited nak dengar tapi sebab nak confirm sama ada aku kenal atau tidak insan itu. Menjelma saja dia di dalam ruang legar itu, aku terus tanya "Akak ni dulu UUM ye?". Dia tengok aku, aku tengok dia. Dia jawab, "Ye.. Nape?".

Walaupun dia macam cam tak cam aku, tapi sekurang-kurangnya aku puas hati sebab aku dapat confirmation yang aku memang kenal dia. Dan itulah saatnya aku mula ingin serius dengan dunia MLM bersama ELKEN.
Sempat gak berposing ngan kak Elee lepas ceramah.

Kak Elee dan suami.

Kisah hidup kak Elee Salmi yang telah memberi aku sumber inspirasi untuk terus berjuang dalam hidup dan terus berusaha sehingga berjaya. Bukan kerana MLM itu semata-mata. Kak Elee bermula dengan Elken sebab diperkenalkan produk kepada dia untuk membantu merawat penyakit sekeluarga, anak sulungnya kena bengkak hati, dia sendiri migrain kronik dan suaminya kena buasir. Alhamdulillah sehingga kini mereka komited meneruskan program MRT untuk kesihatan diri dan sekeluarga.

Aku kini dalam proses membeli produk Elken MRT dan Insya Allah, Isnin (030510) aku tayang kat korang produk yang aku beli dalam satu pakej yang sangat luar biasa sekarang dengan harga pelaburan RM9,600.00.

Wow!!! Nak dekat RM10k tu! Tapi kalu hati aku ikhlas melaburkan duit sebanyak itu untuk kesihatan diri dan seisi keluarga, Insya Allah ada manfaat dan ganjaran dari Allah yang aku tak tahu bakal menjelma. Amin...

Antara produk yang aku dapat dengan pelaburan sebanyak RM9,600.00 tu ialah:
1. Elken Spirulina (3000 biji x 2 botol)- RM699.00/btl

2. Dr.Xeniji (145g x 2 jars)- RM 587.00/jar

3. AO Max (60ml x 3 botol)- RM 146.00/btl

4. LIVExtra (15 bungkus x 5 kotak)- RM 208.00/box

5. Win IG6 (240 biji x 4 botol)- RM 182.80/btl

6. Win Calrich (180 biji x 4 botol)- RM 142.00/btl

7. Fitorac (240g x 5 botol)- RM 189.00/btl

8. Kington Isotonic (30 ampoulse x 10 kotak)- RM 260.00/box

9. Fujita Lactose-S Orange (10 paket x 3 kotak)- RM 202.00/ box

10. Ester-C 500 Plus (30 biji x 5 botol)- RM 45.00/btl

11. Elken Bio Pure KEN 2 (1 unit/ Hot & Warm)- RM 2990.00/unit

Kesemuanya 11 jenis barang dengan jumlah 44 unit dan jumlah harga asal RM 12k!! Penjimatan sehingga RM 3k daripada harga asal dengan hanya melabur RM9600.00.

Pakej yang aku beli ni lengkap A to Z untuk kesemua 10 sistem organ yang aku citer dalam entry sebelum ni. Mungkin ada yang kata sapa le nak makan banyak-banyak cam tu? Takyah makan nasi le ye...makan supplemen tu je. Hehehe... aku pun fikir camtu masa mula-mula ditawarkan ngan pakej ni, tapi bila diterangkan baru aku faham. Macam aku cakap untuk seisi keluarga, mak abah, adik beradik, suami isteri anak-anak. Semua boleh pakai produk tu.

Jadi? Macam mana? Memang luar biasa!! Berbaloi-baloi......

Wednesday, April 28, 2010

ETIKA DIET RASULULLAH

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model peranan kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut membawa perkara yang boleh disifatkan sebagai penyempurna akhlak manusia (makarimal akhlak). Di antara perbuatan Rasulullah yang perlu diikuti dan hayati bersama adalah dari aspek etika diet Rasulullah ataupun tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging.
  • Rasulullah tidak makan daging bersama ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda menjamah ikan.
  • Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan ayam.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama telur.
  • Rasulullah tidak makan ikan bersama daun salad.
  • Rasulullah melarang meminum susu bersama cuka.
Terdapat pelbagi etika diet yang diamalkan Rasulullah. Tapi takkan aku nak cut and paste kot. So, untuk bacaan lanjut tentang ETIKA DIET RASULULLAH sila ke web link ini.
"Happy Reading"

Tuesday, April 27, 2010

SISTEM ORGAN MANUSIA- FUNGSI DAN KESAN KESIHATAN

Penafian: Segala maklumat di dalam entry ini adalah berdasarkan filing yang disediakan serta rujukan internet dan bertujuan sekadar rujukan dan bacaan ilmiah sahaja. Ia bukan bertujuan untuk mengganti, merawat, menambah atau mengesahkan diagnosis doktor. Jika sekiranya anda mendapati terdapat tanda-tanda atau simptom-simptom yang berkaitan, anda dinasihatkan supaya mendapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor.

SISTEM PEREDARAN

Terdiri daripada jantung dan salur-salur darah.

Bekerja rapat dengan sistem saraf pusat, pernafasan dan sistem perkumuhan.
Ia adalah sihat jika:
1. jantung yang kuat mengepam darah ke seluruh badan
2. saluran darah mudah lentur, anjal dan tidak tersumbat
3. darah tidak melekit atau pekat

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengedarkan darah yang mengandungi nutrien penting, oksigen dan hormon
2. untuk menyingkirkan sisa daripada tisu

Komplikasi kesihatan sistem peredaran yang lemah:
1. boleh menjejaskan organ lain seperti hati, buah pinggang, paru-paru dan sistem pembiakan
2. Menyebabkan penyakit Kardio-Serebrovaskular (CVD) seperti:
a. penyakit jantung koronari
b. strok
c. hipertensi
d. aterosklerosis- penyakit pada arteri

Serangan jantung (Gambar hiasan)

SISTEM KEIMUNAN

Terdiri daripada nodus limfa, timus, limpa dan saluran limpatik dan ia adalah sistem pertahanan tubuh kita.

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk melawan jangkitan
2. untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar dan penyakit
3. untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya

Akibat sistem imun yang tidak seimbang
1. sistem imun terlampau aktif
a. penyakit autoimun (contohnya Lupus)
b. alahan
2. Keimunan tersekat/ rendah
a. mudah jatuh sakit
b. lambat pulih daripada penyakit

SISTEM PENCERNAAN
Terdiri daripada mulut, esofogus, hati, perut dan usus.
Pencernaan bermula apabila makanan memasuki mulut dan tamat di penghujung usus.
Sistem pencernaan

Fungsi asasnya adalah:
1. penguraian makanan secara fizikal dan kimia
2. memproses makanan dan cecair supaya nutrien dapat diserapkan
3. membekukan dan menyingkirkan makanan yang tidak dihadam daripada tubuh sebagai najis
4. bergantung kepada pemangkin enzim untuk menggalakkan aktiviti enzim pencernaan untuk pencernaan yang sempurna

Akibat sistem pencernaan yang lemah:
1. pedih hulu hati
2. kembung
3. ketidakhadaman
4. Sindrom Rengsa Usus

Sistem pencernaan yang lemah boleh diburukkan oleh masalah-masalah berikut:
1. sistem saraf yang tidak sihat
2. stres
3. kerisauan
4. diet tidak sihat
5. kualiti makanan

SISTEM PERKUMUHAN
Terdiri daripada paru-paru, kulit, buah pinggang dan kolon.
Ia merupakan pelindung terhadap racun.
Ia berfungsi rapat dengan sistem pernafasan, sistem peredaran dan endokrin untuk membebaskan tubuh daripada toksin.
Ia adalah sihat apabila:
1. bebas daripada najis terlonggok (pengumpulan najis di dalam usus)
2. mengekalkan nisbah 80:20 yang ideal bagi bakteria baik berbanding bakteria berbahaya

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mencegah pengumpulan toksin
2. untuk membebaskan tubuh daripada sisa tubuh harian
3. terutamanya terletak di:
a. paru-paru- untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada tubuh
b. kolon- untuk membolehkan sisa makanan pepejal melaluinya
c. buah pinggang- untuk menyingkirkan pukal sisa cecair dan nitrogen
d. kulit- untuk menghasilkan peluh dan mengumuh sisa metabolik

Akibat kolon yang tidak sihat:
1. sembelit
2. mempercepat penuaan
3. penyerapan nutrien lemah
4. kanser kolon

SISTEM ENDOKRIN
Terdiri daripada hipotalamus, pituitari (no 2 dalam gambarajah), tiroid (no 3), paratiroid, adrenal (no 5), pankreas (no 6) dan testis (lelaki-no 8, kiri dalam gambarajah)/ ovari (wanita-no 7, kanan dalam gambarajah).
Organ-organ yang terlibat dalam sistem endokrin
Fungsi asasnya adalah:
1. metabolisme
2. pertumbuhan
3. homeostasis (keadaan keseimbangan dalaman)
4. untuk menyokong sistem organ yang lain

Akibat sistem endokrin yang tidak sihat:
1. Tekanan darah tinggi (atau hipertensi)
2. Paras kolestrol tinggi
3. Penyakit kencing manis

SISTEM PEMBIAKAN (WANITA)
Terdiri daripada kelenjar mamari, tiub fallopio, ovari, vagina dan uterus.
Ia berkait rapat denga sistem endokrin yang mencetuskan haid dan menopous.
Ia adalah sihat apabila:
1. tiada masalah PMS
2. rembesan hormon dan peredaran yang sihat dan seimbang
3. tiada jangkitan kandidiasis

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk menghasilkan ovum(telur)
2. untuk mengadakan hubungan seksual
3. untuk menyuburkan ovum yang tersenyawa sehingga ia matang
4. untuk melahirkan anak

Akibat sistem pembiakan wanita yang tidak sihat:
1. kemandulan
2. sindrom prahaid (PMS)
3. masalah berkaitan dengan kehamilan
4. kandidiasis (jangkitan yis)

SISTEM PEMBIAKAN (LELAKI)
Terdiri daripada vesikel, kelenjar prostat, uretra, zakar, testis.
Ia berkait rapat dengan sistem endokrin yang menghasilkan sperma dan hormon seks.
Tidak berfungsi sepenuhnya sehingga akil baligh.

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk menghasilkan sperma
2. untuk memindahkannya kepada wanita

Akibat sistem pembiakan lelaki yang lemah:
1. mati pucuk atau erektil disfungsi (ED)
ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi
2. prostatik hipertrofi benigna (BPH)

SISTEM OTOT RANGKA
Terdiri daripada sistem otot dan rangka.
Membentuk tisu yang berfungsi dengan sistem rangka.
Sistem Rangka

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mengawal pergerakan badan
2. untuk membentuk, menyokong dan melindungi organ dalaman
3. untuk memberikan kestabilan dan mobiliti kepada tubuh

Akibat sistem otot dan rangka yang lemah:
1. Osteoporosis
2. Osteoartritis (OA)
3. Reumatiod artritis (RA)
4. Kekakuan bahu
5. sakit belakang & bahagian bawah belakang

SISTEM PERNAFASAN
Terdiri daripada kaviti nasal, farinks (tekak), trakea dan paru-paru.
Ia bertindak selari dengan sistem peredaran untuk menghantar oksigen dan gas dari tisu dan ke tisu tubuh.
Organ-organ yang terlibat deng sistem pernafasan
Fungsi asasnya adalah:
Untuk membekalkan darah beroksigen melalui paru-paru.

Akibat sistem pernafasan yang tidak sihat:
1. Asma
2. Gannguan pulmonari obstruktif yang kronik (COPD)
3. Bronkitis
4. Pneumonia (Paru-paru berair)
5. Tuberkulosis (TB) atau batuk kering
6. Kanser paru-paru
7. Kekurangan oksigen

SISTEM SARAF PUSAT
Terdiri daripada otak, saraf tunjang dan saraf-saraf yang mengawal seluruh pergerakan badan.

Fungsi asasnya adalah:
1. untuk mempermudahkan komunikasi dalaman tubuh
2. untuk bertindakbalas terhadap perubahan yang berlaku di luar dan di dalam tubuh
3. untuk berinteraksi secara rapat dengan sistem endokrin bagi mempengaruhi sistem lain dan fungsi tubuh

Akibat sistem sarah yang tidak sihat:
1. Kemerosotan ingatan berperingkat
2. Kecacatan kognisi (disfungsi proses mental)
3. Penyakit Alzheimer

Monday, April 26, 2010

MRT (PART 3) MASALAH BERKAITAN SISTEM ORGAN

Pernahkah korang (atau sesiapa dalam keluarga atau kawan-kawan) mengalami masalah berkenaan sistem organ seperti di bawah?

(Perakuan: Simptom-simptom di bawah merupakan komplikasi terhadap kesihatan yang biasa berlaku bagi setiap sistem organ. Ia bertujuan untuk memudahkan rujukan dilakukan dan menambah kefahaman mengenai sistem tubuh badan kita/ komplikasi terhadap kesihatan pra-klinikal/ klinikal. Ia bukan bertujuan mendiagnosis atau sebagai rawatan kepada mana-mana penyakit. Sila dapatkan nasihat doktor untuk maklumat lanjut dan diagnosis yang lengkap.

Sistem peredaran:
1. Anemia
2. Sakit dada
3. Sesak nafas
4. Degupan jantung tidak sekata
5. Kerap pening kepala
6. Sejuk tangan & kaki
7. Tekanan darah tinggi
8. Degupan jantung yang cepat & deras

Sistem Keimunan
1. Kanser
2. Jangkitan kulat/yis
3. Alahan yang kerap
4. Kerap selsema
5. Luka lambat sembuh
6. Penyakit lambat pulih
7. Kerap batuk & demam
8. Jangkitan kulit berpanjangan

Sistem Pencernaan
1. Ulser peptik
2. Nafas berbau
3. Pedih hul hati
4. Ketidakcernaan
5. Kerap kembung perut
6. Penurunan berat badan
7. Sindrom usus terganggu

Sistem perkumuhan
1. Sakit pada bahagian bawah
2. Diverticulitis (keradangan kantung yang terbentuk dalam kolon)
3. Air kencing berdarah
4. Air kencing yang keruh, gelap & berbau
5. Kerap & terdesak untuk kencing
6. Pigmentasi
7. Sembelit
8. Buasir

Sistem Endokrin
1. Sering dahaga & kerap kencing
2. Obes/ berlebihan berat badan
3. Kehadiran gula dalam air kencing (kencing manis)
4. Paras gula yang tinggi dalam darah
5. Hipertiroidisme
6. Kolestrol tinggi
7. Rambut gugur
8. Lesu

Sistem Pembiakan (W)
1. Tekanan & sakit pada pelvis
2. Darah haid terlalu banyak
3. Sindrom prahaid (PMS)
4. Kitar haid tidak teratur
5. Jeragat
6. Libido rendah
7. Kandidiasis (lelehan vagina)
8. Berat badan bertambah tanpa sebab

Sistem pembiakan (L)
1. Penghasilan sperma yang rendah
2. Sakit belakang di bahagian bawah yang berterusan
3. Proses kencing yang teragak-agak, terganggu & lemah
4. Sakit ketika kencing
5. Ejakulasi pramatang
6. Sering kecing pada waktu malam
7. Libido rendah
8. Ejakulasi yang menyakitkan

Sistem Otot Rangka & Tulang
1. Sendi merah & Bengkak
2. Kekakuan otot & sendi
3. Sakit di bahagian bawah
4. Kerap sakit otot
5. Osteoporosis
6. Sakit tulang
7. Kejang otot
8. Artritis

Sistem Pernafasan
1. Sesak nafas
2. Bronkitis
3. Ketegangan di bahagian dada
4. Asma (bunyi bernafas berdehit)
5. Pembentukan kahak
6. Batuk kering yang berterusan
7. Kesukaran bernafas
8. Bibir & kulit kebiru-biruan

Sistem Saraf Pusat
1. Mudah lupa
2. Kemurungan
3. Disorentasi/Kekeliruan
4. Hilang kebolehan membuat penilaian & perancangan
5. Perubahan kelakuan & perasaan
6. Daya ingatan lemah/ Hilang ingatan beransur-ansur
7. Insomnia/ Tidak dapat tidur
8. Sukar untuk menumpukan perhatian

Cuba korang analisis satu persatu tahap kesihatan melalui simptom-simptom di atas. Kadang kala kita rasa badan kita secara lahiriahnya sihat, tetapi tanpa kita sedari terdapat masalah kesihatan terhadap sistem organ atau organ kita sebenarnya.

Nanti aku akan terangkan satu persatu tentang sistem organ manusia, fungsinya dan kesan kesihatan terhadap sistem organ yang tidak sihat. Supaya kita lebih faham dan mengambil berat tentang kesihatan diri dan keluarga.

Makluman:
Kepada yang baru membaca entry aku ni, sila mulakan membaca dari entry tentang MRT, sebab takut nanti tak faham pulak apa yang aku tengah citerkan.
1. MRT Part 1
2. MRT Part 2

Sunday, April 25, 2010

APA NAK JADI....APA NAK JADI....??


Apa nak jadi dengan dunia kita hari ni....??? Memang dah sah kita menghampiri ke akhir zaman. Terlalu banyak perkara di luar imaginasi kita berlaku kini. Satunya iaitu pembunuhan oleh bukan pembunuh. Hem...camno lak tu?

Biasa kita dengar orang yang melakukan jenayah membunuh ni dipanggil pembunuh upahan (profesion dia le tu). Tapi sekarang ni yang melakukan jenayah bunuh adalah terdiri dari kalangan orang kebanyakan yang berstatus suami, isteri, ibu bapa, adik beradik, kaum keluarga atau kawan-kawan.

Terbaru berlaku di Johor Bharu apabila seorang isteri ditikam bertubi-tubi oleh suami sehingga mati selepas bergaduh di hadapan anak-anak mereka yang berusia 3 hingga 5 tahun. Nauzubillah.... apa saja yang akan berlaku kepada anak-anak itu???????

Aku tak tau nak cakap apa dah... Marah, sakit hati, geram, sedih, pilu, terseksa rasanya bila mengenangkan keadaan anak-anak tu. Mungkin perasaan ini terbit kerana aku seorang ibu...

"YA ALLAH YA TUHANKU! AMPUNILAH DOSAKU, AMPUNILAH DOSA SUAMIKU, AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPA DAN KAUM KELUARGAKU. LINDUNGILAH KAMI DARIPADA BENCANA DAN JAUHILAH KAMI DARI SEKSAAN API NERAKA. AMIN......"

Saturday, April 24, 2010

MRT (PART 2)

Hari ni aku sambung dengan kisah tentang 4 langkah utama dalam MRT (Molecular Reform Therapy).

Langkah 1: PEMAKANAN SEIMBANG
Tujuan- Mencegah dan memperbetulkan ketidakseimbangan pemakanan zaman moden dengan suplemen berkhasiat.

Tubuh badan kita memerlukan 46 nutrien perlu setiap hari untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Nutrien ini diperlukan bagi menyokong pertumbuhan, pembangunan pemuliharaan dan fungsi-fungsi harian badan. Oleh sebab fungsi-fungsi tersebut saling berkait rapat, adalah penting untuk memastikan kesemua 46 nutrien itu diambil secara seimbang.

Pemakanan harian yang seimbang dan ideal yang disyorkan untuk tubuh kita adalah dalam nisbah 80:20 iaitu 80% keperluan makan beralkali seperti karbohidrat, mineral dan vitamin manakala 20% keperluan makanan berasid seperti protein dan asid lemak perlu. (Sila lihat rujukan pH tubuh badan yang ideal dan kesan jika kita mengambil makanan yang tidak seimbang dan mengandungi terlalu banyak asid atau alkali).

Langkah 2: PENINGKATAN PENGAMBILAN OKSIGEN
Tujuan: Membantu meningkatkan pengambilan oksigen melalui senaman (iaitu Guasa) dan suplemen untuk:
1. Mengurangkan jangkitan bakteria
2. Mempertingkatkan metabolisme
3. Meningkatkan tenaga

Seperti yang aku citer kan dalam entry MRT Part 1 sebelum ni, faktor penyumbang seperti kurang bersenam dan pencemaran udara menyebabkan kita sukar untuk mendapat bekalan oksigen yang BERKUALITI secukupnya. Kekurangan pengambilan oksigen yang berkualiti menyebabkan gangguan terhadap proses metabolik dan pembaharuan sel kita sehingga menjejaskan keadaan kesihatan kita.

Langkah 3: DETOKSIFIKASI
Tujuan: Menyahtoksik tubuh kita secara semula jadi dan berkesan untuk:
1. Mengurangkan beban pada sistem organ
2. Menyingkirkan toksin
3. Mencegah sembelit

Tubuh kita perlu dinyahtoksik setiap hari. Jika tidak, makanan yang tidak dihadam dan tidak diserap akan menjadi "sisa toksik" yang meresap melalui dinding usus dan kemudiannya diserap semula ke dalam kapilari darah dan diedarkan ke seluruh tubuh. Hal ini boleh meningkatkan risiko penyakit kronik secara drastik.

Langkah 4: PELARASAN KESIHATAN
Tujuan: Mensasarkan kekurangan dalam sistem organ dan menawarkan suplemen pelengkap untuk membantu proses penyembuhan di bahagian-bahagian yang terjejas.

Untuk mencapai tahap kesihatan tubuh badan yang menyeluruh, langkah ke 4 dalam Elken MRT ini disepadukan dengan unsur-unsur perubatan, Perubatan Alternatif dan Saling Melengkapi (CAM) untuk mensasarkan sistem organ tertentu di dalam tubuh manusia.

Macam mana? Boleh faham kan konsep Elken MRT ni? Secara ringkasnya keempat-empat langkah tersebut sangat komprehensif dalam melaksanakan tugas utama iaitu Mencegah, Memperbetulkan dan Merawat tubuh badan kita dari peringkat sel supaya kita sentiasa sihat dan sejahtera serta mampu berdepan dengan sebarang ancaman yang menggugat kesihatan kita (Tapi ingat! Dengan Izin Allah tau...Usaha, doa dan tawakal).

Nanti aku akan citer tentang sistem organ dalam tubuh manusia. Apa yang menarik tentang tubuh kita sehingga kita perlu untuk melaksanakan langkah-langkah dalam Elken MRT?
1. Sistem peredaran
2. Sistem Imun
3. Sistem Pencernaan
4. Sistem Perkumuhan
5. Sistem Endokrin
6. Sistem Pembiakan (wanita)
7. Sistem Pembiakan (lelaki)
8. Sistem Otot Rangka
9. Sistem Pernafasan
10. Sistem Saraf Tunjang Pusat

Tunggu....

Friday, April 23, 2010

MRT (PART 1)

Jika kita bandingkan zaman mak abah kita dulu, keadaan dunia hari ni jauh sangat perbezaannya kerana cabaran yang dihadapi kini semakin besar dan menuntut kita untuk berusaha mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan. Selain daripada tu, penyakit zaman sekarang pun dah berubah corak dan usia tidak lagi menjadi faktor utama untuk seseorang itu jatuh sakit atau menghidapi penyakit.
Stress (Gambar Hiasan)

Serangan jantung (Gambar Hiasan)

Salam semua...Entry aku kali ni adalah tentang Elken MRT (Molecular Reform Therapy). Pernah dengar ke? Kalau pernah, feel free to give your feedback. Jika tak pernah tahu, meh aku citerkan sikit tentangnya.

Elken MRT adalah merupakan satu program pengurusan kesihatan yang lengkap membantu untuk mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan yang optimum. Program ini adalah berdasarkan kajian asal seorang pemenang 2 kali Hadiah Nobel (1954 dan 1962),iaitu Linus Pauling yang telah membuat kajian tentang penyakit yang bermula dari peringkat molekul serta berasaskan kajian holistik tentang aktiviti sel manusia yang dibangunkan di Amerika Syarikat pada 1975.

Pada 1995, Elken telah mengembangkan MRT kepada 4 langkah utama yang lengkap seperti berikut:
1. Pemakanan Seimbang
2. Peningkatan Pengambilan Oksigen
3. Detoksifikasi
4. Pelarasan Kesihatan

Sebelum bercerita tentang 4 langkah tersebut, jom aku terangkan tentang kenapa perlu kita memahami tentang sel manusia?

Dalam tubuh badan kita terdapat 10 trillion hingga 100 trillion sel. Sel merupakan asas atau blok binaan bagi tubuh manusia. Jika sekiranya sel kita tidak sihat, asas kita akan menjadi tidak stabil dan seluruh tubuh akan terjejas.

Struktur pembinaan tubuh badan manusia bermula dari peringkat sel-->tisu-->organ-->Sistem organ(2 atau lebih organ yang bekerjasama untuk fungsi yang sama)-->akhirnya tubuh manusia. Jadinya kalu sel kita sihat, seterusnya tisu, organ, sistem organ kita juga sihat dan akan menghasilkan tubuh badan yang sihat.

Seperti yang aku katakan tadi, kita berdepan dengan cabaran yang besar untuk memastikan diri kita serta ahli keluarga kita terus sihat dan sejahtera. Faktor-faktor di bawah merupakan penyumbang utama menyebabkan sel-sel badan kita tidak sihat.
1. Pencemaran Udara
2. Pencemaran Air
3. Tekanan Harian
4. Kurang bersenam
5. Gaya hidup yang tidak menentu
6. Diet yang tidak seimbang

Pencemaran Udara (Gambar Hiasan)

Pencemaran Air (Gambar Hiasan)

Kesan diet tak seimbang (Gambar Hiasan)

Untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat, kita bukan sahaja semata-mata makan makanan berkhasiat, bersenam atau mengambil preskripsi ubat yang diberikan doktor untuk mengubati penyakit kita. Kita perlu belajar memahami tubuh badan kita dan fungsi-fungsinya.


Fungsi utama Elken MRT adalah untuk menggalakkan proses penyembuhan semula jadi tubuh dengan mensasarkan kepada punca penyakit pada peringkat selular (sel). Ini berlainan dengan pendekatan perubatan biasa yang merawat dan menahan simptom pada peringkat organ. Contohnya, orang yang sakit gastrik diberikan ubat untuk menahan kesakitan dan bila sakit hilang kesan ubat habis, kesakitan itu akan datang semula. Penyakit tersebut masih ada dan belum disembuhkan.

Langkah 1 hingga 3 dalam Elken MRT memfokuskan kepada kesihatan pada peringkat selular (sel) dan molekul. Manakala langkah 4 mensasarkan secara langsung sistem organ yang tertentu untuk pelarasan kesihatan yang menyeluruh, sejajar dengan keperluan khusus setiap individu tertentu.

Aku rasa cukup dulu setakat ni, nanti aku sambung lagi citer tentang langkah-langkah dalam Elken MRT tu. Panjang berjela kang terbelit-belit pulak mata korang nak membacanya. Kita jumpa di entry seterusnya nanti...

Tunggu....

Thursday, April 22, 2010

BESTNYA BERENDAM...MACAM BADAK BERENDAM?


Dua hari aku tak niaga. Sekarang ni penat sikit sebab aku yang pulun uruskan kedai tu sendiri (tanpa pembantu) dari membeli barang, memasak, setting, berjual, mengemas dan membersih. Fuhh!! Lengkap pakej dalam sehari. Memang penat tapi nak buat camne? Inilah kehidupan aku sekarang.

Masa 2 hari bercuti pun bukan le cuti sangat buat aku, sibuk ngan Wawa dan Mr. Hubby pulak. Tapi yang tak hingat tu... Hari Selasa lepas aku bertiga beranak melepaskan geram terjun dan berendam ke dalam air sungai di kawasan perkelahan Ulu Chepor.

Best...best...!!! Aku dah jadi gian pulak sekarang ni, mesti nak berendam dalam sungai tu kalau aku cuti niaga. Wawa apatah lagi, dalam terketar-ketar menahan kesejukan air tu nak jugak sama berendam. Ada beberapa faktor yang menjadikan Ulu Chepor tu tempat yang paling best untuk berendam bagi aku, Mr. Hubby dan Wawa.

1. Jarak dari rumah mak aku di Pekan Razaki (atau dari rumah MILkat Kg ) ke Ulu Chepor tak de le sampai sejam, dalam 30-45 minit je masa perjalanan. Dari rumah dah siap pakai "berendam outfit" so, sampai aje leh terus berendam...

2. Duit minyak pun tak le luak sangat kalu nak ke Ulu Chepor tu pergi balik dari rumah mak aku
kat Pekan Razaki (atau rumah MIL kat Kg. Melayu), so... safe budget.

3. Masa pegi ari Selasa tu, entrance tak kena bayar pun. Kalau tak, ada sekali pegi weekends kena bayar RM2.00. Safe budget lagi...

4. Pegi hari Selasa ari tu pun, tak ramai pengunjung. Ada tu ada tapi tak le crowded sangat. Cuma yang ramai a group of budak-budak PUO buat aktiviti jungle tracking. Aku, Mr. Hubby dan Wawa conquer tempat yang kitorang mandi tu tanpa gangguan. Oleh sebab Wawa di bawah paras ketinggian, jadi kitorang mandi kat tempat paling "dalam" untuk Wawa.

5. Menikmati kesejukan air sungai Ulu Chepor tu buat aku nak dok berendam lelama je kat dalam sungai tu. BEST! Memang best! Sambil menikmati bekalan makanan bawak dari rumah (safe budget)... Boleh korang bayangkan excitementnya?

6. Tempat nak salin baju memang takde masalah walaupun ala kadar je ruang tertutup tu tapi, nak menyalin baju tu tak le sesusah kena bayar RM1.00. (Safe budget lagi!)

Dipendekkan citer, memang berbaloi-baloi habiskan masa di Ulu Chepor.

Layan le...A few snapshot dari web cam laptop aku untuk tatapan semua.... (citernya aku takde digi cam, ini je kemudahan yang ada demi untuk mengabdikan secebis kisah di dalam blog aku ni :D).

Lihat wajah Wawa menahan kesejukan, kaki dia tu memang dah sejuk berendam dalam air tu.

Happy faces of Mr. Hubby and Wawa






Wawa and Ibu

Monday, April 19, 2010

KENAPA PERLU??

Ingat tak aku citer kat korang tentang RO (Reverse Osmosis), hari ni aku nak citer tentang penapis air Elken Bio Pure. Ops! Jap..jap.... Aku bukan jurujual malah bukan nak menjual, aku nak sharing... macam nama blog member aku SHARING IS CARING. Aku agak mungkin ramai yang tak tau tentang kepentingan penapis air di rumah kita. Sebelum ni aku telah disharingkan tentang penapis air ELKEN BIO PURE ni so aku pun nak share le ngan korang sume...

Siri Elken Bio Pure

Untuk pengetahuan, sekarang aku sendiri dalam proses untuk memilikinya. Insya Allah hujung bulan 4 ni aku dapat le... Memang lain dari yang lain. Nak tau kenapa aku berminat membeli Elken Bio Pure? Baca sampai abis tau.....

Tapi sebelum tu, apa yang korang tau tentang Elken Bio Pure?

Dalam banyak-banyak penapis air, hanya Elken Bio Pure sahaja penapis air yang menghasilkan AIR (H2O), iaitu air bersih, tulen dan bebas dari bahan pencemar. Seperti yang aku citerkan dalam entry aku sebelum ni tentang air.

Berbanding penapis-penapis air dari syarikat MLM yang lain, Elken Bio Pure mengetengahkan 4 teknologi dalam satu sistem penapisan air iaitu:
1. Osmosis Songsang (Reverse Osmosis)
2. Karbon Teraktif Berbutir Organik
3. Teknologi Penapisan Zarah Halus
4. Bio Seramik

Korang boleh tengok secara interaktif bagaimana keempat-empat teknologi ini bergabung dengan 5 peringkat penapisan yang akhirnya menghasilkan satu produk iaitu AIR (H20) dari penapis air Elken Bio Pure.

video

Selain dari keistimewaan 4 teknologi tersebut, membran R.O Elken Bio Pure ini menggunakan membran pelbagai lapisan yang diperbuat daripada bahan poliamida berkualiti tinggi dalam rekaan lilitan pilin, dengan liang saiz berkesan berukuran 0.0001 mikron. That's why Elken Bio Pure mampu untuk memerangkap sebarang bentuk bahan pencemar di dalam air seperti bakteria, virus, logam berat dan sebagainya.

Manakala karbon teraktif berbutir organik di dalam sistem penapisan Elken Bio Pure ini berfungsi untuk mengurangkan bahan kimia organik, rasa dan bau busuk di dalam air. Dan ia tidak seperti kebanyakan karbon berdasarkan batu arang lain yang hanya melarut resap logam berat atau bahan pencemar lain.

Selain itu, Elken Bio Pure adalah satu-satunya jenama yang mendapat penganugerahan peringkat antarabangsa untuk kualiti, reputasi dan inovasinya. Antaranya ialah mohor emas atau GOLD SEAL dari Water Quality Association yang merupakan satu jaminan di mana sistem/ komponen/ alat tambahan rawatan air telah memenuhi atau melepasi taraf industri dari segi:
1. Pengurangan bahan pencemar
2. Kesempurnaan struktur
3. Keselamatan bahan

Elken Bio Pure juga telah dianugerahkan pengiktirafan Gold Winner dari Reader's Digest Trusted Brand 2008 dan 2009 bagi kategori Water Purifier.


Macam mana? Boleh percaya ke....?? Mungkin korang kata ada apa dengan anugerah-anugerah tu untuk buktikan Elken Bio Pure ni harus ada di dalam rumah kita? Lagi satu mungkin jugak korang rasa macam mana nak dapatkan khasiat dan nutrien dari air kalau kita minum air RO?

Ceritanya begini....
1. Perlukah mineral dalam air minuman?
Jawapannya: TIDAK!!
Sebab: Air bukanlah sejenis nutrisi yang mampu memberikan sumber mineral untuk keperluan badan. Sebaliknya mineral yang diperlukan oleh badan adalah melalui makanan dan bukan air minuman (rujukan: http://www.wqa.org/sitelogic.cfm). Selain itu, hampir semua mineral dalam air paip berjenis bukan organik (batu-batuan terlarut/ batu) maka ia tidak mudah dihuraikan oleh sistem badan kita. Malahan, jika terkandung mineral organik di dalam air pun kita tidak akan memperolehi mineral yang cukup hanya dengan meminum air.

2. Adakah Air RO berasid?
Jawapannya:
TIDAK!!
Sebab: Dengan meminum air RO yang rendah pH tidak akan memberi sebarang kesan terhadap pH badan seseorang. Ini kerana nilai pH perut seseorang yang sihat biasanya kurang daripada 2 (rujukan: http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Stomach). Selain itu, nilai pH Air tulen juga adalah 7.0 (rujukan: http://www.newworldencyclopedia.org/entry/PH).

3. Kenapa perlu minum air RO?
Jawapannya: Air RO adalah kombinasi yang sesuai dengan makanan berkhasiat yang kita makan untuk memastikan tubuh badan yang sihat.
Sebab: Badan kita memerlukan nutrien yang diperolehi hanya melalui makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain untuk kekal sihat. Air RO adalah kombinasi yang sesuai dengan tubuh badan kita kerana FUNGSI AIR adalah sebagai air minuman dan bahan pelarut. BUKAN berfungsi untuk memberi tenaga dan nutrien kepada tubuh badan manusia.

Bagaimana? Aku harap apa yang aku paparkan dalam entry aku ni memberikan sedikit maklumat kepada korang betapa pentingnya untuk kita semua memastikan kebersihan dan ketulenan air yang kita minum benar-benar terjamin.

Sunday, April 18, 2010

TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ACHIK SPIN

Semalam dunia hiburan digemparkan sekali lagi dengan pemergian secara mengejut seorang artis muda yang baru berusia 27 tahun iaitu Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md Shari (Arwah). Arwah terlibat dengan kemalangan ngeri ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Angkasapuri selepas selesai bersiaran secara langsung dalam rancangan Hits1 di TV1. Pada ketika itu arwah bersama seorang rakan Mohd Salihin Shah Mohd Salleh, 29.

Kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan MPV Toyota Estima yang dipandu terbabas dan melanggar papan tanda susur keluar Persimpangan Pajam di KM 14.7 Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (LEKAS), pada jam 6.15 petang. Arwah dilaporkan tercampak keluar sebelum kenderaan tersebut meletup dan terbakar. Arwah mengalami kecederaan serius di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal di tempat kejadian.

Keadaan kereta Arwah yang terbakar selepas terbabit dengan kemalangan ngeri.
(Gambar dari mStar Online).

Kalau korang nak tengok photo eksklusif keadaan kenderaan arwah dan berita lanjut tentang kemalangan ngeri tersebut, boleh ke link di bawah:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
http://ondscene.blogspot.com/
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0418&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm
http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/4/18/mstar_hiburan/20100418090506&sec=mstar_hiburan

Aku tengok berita semalam kat TV3 tapi tak fokus sangat cuma nampak gambar dia terpampang, tapi berita tentang kemalangan tu tak ditunjuk. Lepas tengok berita TV1 jam 1200 malam tadi, baru aku tau yang berita tu sebenar-benarnya berlaku. Aku bukan terkejut dengan kematian arwah, tapi mengenangkan flownya tu buat aku terfikir sejenak...

Arwah sempat buat penggambaran untuk rancangan Jangan Tidur Lagi di TV3 bersama Siti Nordiana dan kemalangan tersebut berlaku selepas selesai siaran langsung rancangan Hits1 di RTM1. Tapi Allah lebih sayangkan arwah dan itulah saat arwah kembali semula kepada Penciptanya...

Lepas tengok berita TV3 tu, aku cam tak de perasaan lagi cuma tertanya-tanya, ia ke? betul ke? salah dengar ke? Peh tu TV3 ada tunjuk pulak promo citer JANGAN TIDUR LAGI bersama Achik Spin dan Siti Nordiana. Lagi le aku musykil! Then aku online FB aku tanya member-member, lepas tengok berita TV1 jam 1200 malam tu baru le aku terima hakikat yang Achik Spin dah meninggal.

Takziah buat keluarga Allahyarham dan terutama isteri arwah yang lebih mencabar dugaannya terpaksa menghadapi pemergian 2 orang insan tersayang. Sebelum ini anak beliau Puteri Rania meninggal dunia kerana demam panas pada tahun 2007 dan kini beliau kehilangan suami tercinta... Semoga beliau tabah menghadapi dugaan...

"YA ALLAH, YA TUHANKU! MATIKANLAH KAMI DALAM KEADAAN BERIMAN KEPADAMU YA ALLAH.... AMIN...."

Saturday, April 17, 2010

AIR DAN KEHIDUPAN MANUSIA


Antara air dan elektrik, yang mana satu korang pilih? Aku tau dua-dua pun penting, tapi bagi aku sebagai peniaga, takde letrik tu leh tahan lagi le. Takde AIR??!!! Memang tak dapat le nak niaga ari tu. Sebabnya nak masak bubur nasi aku tu kena guna air, nak masak sup kari pun kena pakai air. Nak rebus udang, ayam, daging pun kena pakai air...

Lagi satu kalau bulan puasa. Korang lapaq makan ke lapaq ayaq??? Kalau bulan puasa tahun lepas 2009, pengalaman aku niaga kat bazar Ramadhan Medan Gopeng Ipoh, dengar azan je aku terus pulun air dulu!!! Satu bungkus air RM2.00 tu pun aku boleh habiskan sorang-sorang...

Dipendekkan cerita, AIR dan KEHIDUPAN bagai IRAMA dan LAGU, tak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah kehidupan kita. Betul tak?? Mestilah betul..... Tubuh badan kita sendiri terdiri daripada 72 peratus air, lapan peratus kombinasi bahan kimia dan baki 20 peratus lagi merupakan tulang dan tisu-tisu badan (sumber:
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1146540940744).

Untuk bercerita tentang air, korang tahu tak air ni sebenarnya apa?

Mesti ada yang pertikai, kenapa nak tanya soalan macam ni, air tu air le... kan? Sebagai menambah ilmu, aku buat sedikit research tentang air dan apa yang boleh aku kongsikan selebihnya ada di dalam web link ini http://id.wikipedia.org/wiki/Air. Aku tahu mesti korang heran apasallah banyak sangat web link dan dah macam assignment masa belajar dulu pulak. Aku suka bercerita tentang fakta, tak suka mereka-reka cerita dan di samping itu kita berkongsi dan sama-sama belajar. So, you all terpaksa le get use to it... :D.

Kita sambung balik...air tu apa ek?

Air adalah unsur penting bagi semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Terdiri daripada komponen molekul H2O dan itu le yang sebenar-benarnya air.

Namun begitu, bagi manusia sumber AIR BERSIH adalah amat kritikal dalam keperluan hidup kita seharian. Tanpa sumber air bersih, sukar untuk kita menjalani kehidupan setiap hari. Keperluan air bagi manusia terbahagi kepada dua iaitu sebagai air minum dan pelarut.

Sebagai air minum yang bersih, seharusnya kita mendapatkan dari sumber air yang juga bersih. Tapi sejauh mana keyakinan kita terhadap sumber air bersih yang sampai ke dalam rumah kita? Ya, aku tau yang itu sahaja sumber air untuk keperluan harian kita di rumah. Tetapi apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan sumber air di rumah itu BENAR-BENAR BERSIH dan TERJAMIN? Sekurang-kurangnya mengelakkan kita dijangkiti penyakit sebab air yang kita minum dari paip di rumah.

Sebelum berbicara lebih lanjut tentang air, ingin aku berkongsi sedikit maklumat tentang bagaimanakah air boleh menjadi punca kepada penyakit, hatta air yang kita minum di rumah juga boleh mendatangkan penyakit. Tak percaya?

Menurut definisi dari web Wikipedia http://id.wikipedia.org/wiki/Air_bersih, air bersih merujuk kepada sumber air yang tidak mempunyai rasa, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mengandungi LOGAM BERAT. Selain itu, walaupun sumber air yang masuk ke rumah kita boleh diminum tetapi dikhuatiri terdapat risiko bahawa air tersebut tercemar oleh bakteria (misalnya bakteria Escherichia coli) atau zat-zat merbahaya yang lain. Walaupun kita memasak air tersebut sehingga 100 darjah celcius, masih lagi terdapat zat-zat berbahaya seperti logam yang tidak dapat dihapuskan dengan cara ini.

Menurut artikel di dalam web CNN http://edition.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/12/17/eco.about.water/, 50% penduduk negara membangun akan menghadapi satu atau dua penyakit yang berpunca dari air, dan kebanyakan yang menjadi mangsa adalah KANAK-KANAK. Antara penyakit yang sering dihidapi oleh kanak-kanak akibat dari penyakit berkaitan air ialah diarrhea dan penyakit kulit.

Selain itu, itu terdapat pelbagai perdebatan mengenai air bersih yang sesuai untuk diminum oleh manusia. Aku suka untuk berkongsi artikel di dalam web WHO http://www.who.int/water_sanitation_health/emerging/emergingissues/en/ tentang bagaimana terdapat isu berbangkit tentang air dan wabak penyakit berjangkit yang salah satunya disebabkan oleh bawaan patogen di dalam air.

Untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan jangkitan penyakit yang disebabkan oleh air, kita digalakkan untuk minum AIR TULEN iaitu komponen air tulen H20 yang sempurna (air bersih, tulen dan bebas dari bahan pencemar). Air tulen merujuk kepada air dari sebarang sumber yang telah diproses secara fizikal bagi menyingkir pencemaran. Salah satu cara untuk mendapatkan air tulen adalah melalui proses Osmosis Songsang (Reverse Osmosis). Korang boleh jugak tengok tentang RO di web ini http://espwaterproducts.com/about-reverse-osmosis.htm#rodo.


Jika sekiranya korang nak tau tentang cara untuk mendapatkan air tulen ni, tunggu.... Ikuti lagi siri berkenaanya nanti.

Wednesday, April 14, 2010

YOU MAY NOW KISS THE BRIDE...

Almaklum le dah diijabkabulkan, terus-terus le nak posing sebegitu ye....

March yang lepas genap 3 tahun usia perkahwinan aku dan Mr. Hubby. Rasa sekejap betul masa berlalu, bermula dengan sesi pertemuan semula(2004), merisik (2005), bertunang (2006), berkahwin (2007) and at last being a parents to my precious lil' one (2008), Wawa
. Insya Allah, dimurahkan rezki aku nak menambah lagi bilangan ahli keluarga kami, Insya Allah dalam tahun ni jugak (cakap kena berlapik...).

Aku dan Mr. Hubby diijabkabulkan di Masjid Sg Rokam, Ipoh berwakil wali Ustaz Yop Saidin, pada tanggal 09 March 2007, jam lebih kurang 6.45 petang (masa tu Ustaz Yop baru balik dari Radio Perak FM). Majlis berlangsung dalam keadaan yang serba sederhana saja. Tapi ada satu peristiwa berlaku yang paling aku ingat sehingga kini (bila aku dan Mr. Hubby bercerita tentang hari nikah tu, mesti ungkit peristiwa tu).

Pada jam lebih kurang 6.00 petang (090307) tu, cuaca memang cerah, terang benderang dan matahari pun masih bersinar terang walaupun masa tu dah nak Maghrib (senja). Tapi... selesai saja majlis akad nikah tu di masjid, alhamdulillah tak semena-mena hujan rahmat turun dengan lebatnya! Tapi sangat sekejap dalam masa 15 minit gitu. Subhanallah....! Aku dan Mr. Hubby masa tu memang tak terkata apa-apa, hanya mengucapkan syukur di dalam hati. Lega sebab dah selesai dengan sempurna satu acara penting dalam hidup kami.

Untuk pengetahuan korang, aku dan Mr. Hubby tinggal berdekatan, kiranya kalau nak ke rumah mak aku atau MIL ulang alik 30 kali pun lum sampai 30 minit perjalanan. Satu kawasan berbeza taman perumahan (macam tu lah lebih kurang).

Mood hari ni nak tayang photo je. So, layan je photo-photo yang diambil ketika majlis penting aku berlangsung.

Debaran menanti saat diijabkabulkan.

Kelihatan Mr. Hubby dalam keadaan tenang (tapi dalam hati dag dig dug..... :D)

Upacara bermula...

Alhamdulillah selesai...

Seri wajah pengantin baru.

Singgahsana raja sehari...

Rombongan pengantin lelaki di sambut dengan iringan paluan kompang.

Dan bunga manggar.

Sebelum masuk ke rumah, kita posing dulu.

Para tetamu yang hadir.

Sesi makan beradab. Mr. Hubby dah sinsing lengan sebab tak tahan panas.

Glamer jap masuk frontpage cover majalah... spesel edition takde dalam pasaran. Hehehehe...

Some of photos taken by photographer during reception kat umah aku.




Malam potong kek (gambar agak blur... sorry ye...). Mr.Hubby nampak sangat segak pakai kot hitam tu. Tapi tak sampai 15 minit. Dalam gambar tu nampak cam macho je kan... tapi lepas tu...

Ta daa.... Mr. Hubby terus tukar uniform sebab tak tahan panas. Sian dia berpeluh-peluh... Tapi aku still maintain.. Suka sangat costume malam tu. Sekali seumur hidup pakai gaun :D.

Persandingan di rumah pengantin lelaki. Pelamin nan simple tapi sangat terharu sebab diilhamkan sendiri oleh kaum keluarga Mr. Hubby, termasuk Mr. Hubby sendiri


My Family. Muka masing-masing dah nampak keletihan sebab majlis berlangsung 4 hari berturut-turut (malam berinai, nikah, sanding umah aku, potong kek, sanding umah lelaki). Lengkap pakej!

At last... Mr. Hubby menunjukkan kebolehan berkaraoke... memang tradisi turun temurun keluarga Mr. Hubby untuk buat sesi karaoke jika ada family gathering macam ni.

Monday, April 12, 2010

ENJIN KENDERAAN DAN ENJIN MANUSIA

Enjin Manusia...?? Ya, kita tau semua kenderaan ada enjin untuk menggerakkan kenderaan termasuk basikal (basikal yang pakai enjin tu). Manusia? Ada enjin jugak ke? Hem.... apa dia enjin manusia? Di kepala (atau otak) ka? Di hati ka? Di tangan atau kaki ka?
Salam sume... Hari ni nak citer pasal enjin dalam badan manusia pulak. Ha.. kalu kawan-kawan nak tau, enjin dalam badan manusia ni kecil aje tau. Dan besarnya hanya sebesar penumbuk.

Namun begitu, untuk berbicara tentang 'enjin kecil' di dalam badan manusia ni, aku nak terangkan dulu berkenaan dengan sistem kardiovaskular kita (atau sistem peredaran darah) yang sangat intim dengan 'enjin kecil' kita ni.

Sistem kardiovaskular (sistem peredaran darah)

Apa itu sistem kardiovaskular atau sistem peredaran darah?

Menurut web ensiklopedia Wikipedia, sistem kardiovaskular (sistem peredaran darah) adalah satu set sistem organ yang berfungsi memindahkan zat ke/dari sel di dalam tubuh badan kita. Komponen sistem peredaran darah kita terdiri daripada:
1. JANTUNG
2. PARU-PARU
3. SALURAN DARAH
4. DARAH
5. OTOT

Sistem ini memainkan peranan pengawalan yang amat penting dalam setiap fungsi utama tubuh dan organ utama seperti di bawah. Jika sekiranya peredaran darah lemah ke organ-organ di bawah kesannya adalah seperti berikut:
1. Otak- Daya ingatan lemah, Pening Kepala, Sakit kepala, Strok
2. Jantung- Pening Kepala, sesak nafas, kelesuan, sakit dada, degupan jantung tidak teratur, Serangan jantung
3. Hati- Gatal-gatal kulit, Keimunan yang lemah, kelesuan, hilang selera makan, berat badan menurun
4. Buah Pinggang- kaki bengkak, muka sembap
5. Organ Pembiakan- Libido rendah, mati pucuk

Apabila darah diangkut ke seluruh bahagian tubuh badan melalui sistem peredaran darah, ia mengandungi beberapa komponen yang membantu menyuburkan 60 trilion sel (atau lebih sel) dalam badan kita:
1. Oksigen- untuk metabolisme sel
2. Air- untuk menghidratkan sel
3. Nutrien- untuk metabolisme sel
4. Hormon- untuk pertumbuhan, tumbesaran dan pembiakan
5. Sel darah putih- untuk melawan serangan virus, bakteria & parasit
6. Sisa metabolik- diangkut keluar dari tubuh badan

Dah tau apa itu sistem kardiovaskular (sistem peredaran darah), kita berbalik kepada cerita tentang 'enjin kecil' kita tadi. Rasa-rasanya korang dah boleh agak kan apa yang aku maksudkan dengan 'enjin kecil' tu kan, yes...JANTUNG. Itulah enjin di dalam tubuh manusia yang berperanan penting dalam kehidupan kita sepanjang hayat.

Jantung Manusia

JANTUNG menurut artikel di dalam akhbar Berita Harian (17/09/2008), adalah pam yang menggerakkan tubuh manusia. Setiap denyutan jantung, darah yang mengandungi oksigen dan makanan akan disalurkan untuk menyokong kehidupan seluruh tubuh.

Selama kita hidup ni pernah tak terlintas di fikiran, JANTUNG kita mula berdegup sejak bila? Jantung kita mula berdegup sejak usia kita 6 MINGGU DI DALAM RAHIM IBU!!! Subhanallah.... betapa besar dan takjubnya kita dengan kekuasaan ALLAH! Jadinya, denyutan jantung pertama kita itu yang menentukan kita hidup atau mati sebelum dilahirkan ke bumi ini dengan sempurna sifatnya. Kalau nak info lanjut tentang jantung sila klik ke link ini http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1221626953937.

Untuk memastikan kenderaan kita berada dalam keadaan baik sentiasa, kita akan menghantar ke bengkel untuk pemeriksaan enjin dan servis-servis lain, tapi pernah tak terfikir sejauh mana kita mengambil berat tentang enjin kecil kita yang satu-satu ini untuk meneruskan hayat kita? Kenderaan yang rosak enjin ada alat ganti, tapi kalau jantung kita tidak sihat dan rosak, adakah alat yang boleh menggantikannya? Kalau ada pun, ia takkan pernah menjadi sama seperti jantung kita yang asal.

Oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita memastikan JANTUNG, SALUR DARAH dan DARAH kita berada dalam keadaan baik demi peredaran darah yang optimum. Jika sekiranya berlaku keadaan-keadaan seperti di bawah, adalah sukar bagi kita untuk menjalani kehidupan harian. Namun begitu, tidak sukar jika kita mengambil berat soal pemakanan dan mengubah gaya hidup kita.

Darah yang likat----> plak terkumpul di dinding salur darah----> Jantung terbeban dan tertekan (kerana perlu mengepam lebih kuat akibat saluran darah yang menyempit)----> Tekanan darah meningkat (menyebabkan kecederaan sel-sel di dalam saluran darah----> Saluran darah bertambah rosak (menjadi lebih keras, sempit dan sukar dilentur)

Lihat artikel dalam web
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/template.jsp?showMe=32&storyid=1221626953937 untuk penerangan lanjut tentang kepentingan memastikan kesihatan 'ENJIN KECIL (JANTUNG)' dalam tubuh manusia.
Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template2.jsp?showMe=27
http://id.wikipedia.org/wiki/Jantung
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=1221626953954
http://www.scribd.com/doc/16696724/Sistem-Kardiovaskular
http://ms.wikipedia.org/wiki/Darah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kardiovaskular -FUNGSI SISTEM KARDIOVASKULAR
http://www.babycenter.com/6_your-pregnancy-6-weeks_1095.bc?intcmp=timeline

Saturday, April 10, 2010

SINDROM METABOLIK

Apa ke bendanya tu? Nama manusia kah? Sejenis haiwan ka? Sejenis kenderaan ka? Hehehehe....

Kalu korang nak tau, yang sebenar-benarnya Sindrom Metabolik ini merupakan satu mimpi ngeri yang boleh menghantui kehidupan kita jika kita tak ambil berat soal pemakanan dan kesihatan tubuh badan kita.

Salam semua... Hari ni aku nak berkongsi ilmu tentang apa yang aku perolehi berkenaan dengan SINDROM METABOLIK. Aku sendiri tak penah tau tentang perkataan tu, until one day aku diperkenalkan tentangnya melalui bahan bacaan dan aku buat sedikit research di internet. Hasilnya kini ku persembahkan. Namun sangat-sangat berharap agar korang semua ambil berat bila sudah mengetahui tentangnya.

Sindrom Metabolik sebenarnya adalah satu keadaan di mana berlaku kombinasi masalah kesihatan atau sekumpulan faktor risiko yang boleh menyumbang kepada peningkatan masalah kesihatan yang kronik seperti sakit berkenaan ngan sistem kardiovaskular termasuk jantung, diabetis, strok dan lain-lain penyakit kronik.

Sindrom Metabolik juga mampu menjadi faktor penyumbang yang boleh menjejaskan kesihatan akibat dari perkara-perkara berikut:
1. Peningkatan tahap gula
2. Peningkatan tahap kolestrol
3. Pertumbuhan sel tidak normal
4. Penyakit kulit
5. Peningkatan Tekanan darah

Menurut artikel di CNN.COM, punca utama berlakunya sindrom ini ada kaitan dengan sistem metabolisme kita (boleh tengok maksud metabolisme di web ini http://id.wikipedia.org/wiki/Metabolisme). Korang boleh tengok penjelasan lanjut mengenai puncanya di web rujukan CNN.COM di bawah dan di web MyHEALTH Portal.

Ha... mesti ramai tak tau tentang ni kan... sbb aku pun baru nak tau ni. Selain dari itu, aku suka jugak nak kongsi ngan sume tentang statement dari artikel di dalam akhbar Utusan,

"
Sindrom metabolik dapat menerangkan banyak fenomena penyakit, misalnya mengapakah orang yang kelihatan sihat sahaja tiba-tiba mati secara mengejut. Kenapakah tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung selalunya datang sekali gus semacam dalam satu pakej, bagaimanakah kegemukan meningkatkan risiko diabetes, dan sebagainya."

Kalu korang nak tau lebih lanjut tentang hal ni boleh je pegi ke web site rujukan di bawah. Baca dan ambil iktibar bahawa kita tidak boleh sekali-kali memperjudikan kesihatan kita untuk keseronokan yang sementara. Umur kita semakin hari semakin lanjut dan kita sangat memerlukan badan yang sihat untuk pelbagai tujuan, jadi takkan sebab nak merasa kelazatan dan keenakan BIG MAC yang sementara tu kita nak perjudikan nasib tubuh badan kita.

Sekarang, kita dah tau tentang salah satu punca permasalahan kesihatan adalah dari apa yang kita masukkan ke dalam perut kita. So, apa action plan kita untuk prevent dari perkara sebegini berlaku. Yang paling ditakuti adalah apabila kita merasa diri kita sihat, sebab tak penah kena demam, tak de salasilah keluarga yang mengidap penyakit kronik, kuat bekerja setiap hari, selalu bersukan dan sebagainya. Tapi tiba-tiba sesuatu jenis penyakit menyerang dan kita tak mampu berbuat apa-apa untuk merawatnya atau kita terpaksa berhabis duit untuk merawatnya. Kan lebih baik MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI??

Sila baca juga artikel dalam web ini http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelajarmeninggalketikalatihansukan/Article/index_html.

Jika korang nak tau tentang cara pencegahan yang paling berkesan boleh saja PM aku.

"SIHAT ITU SELAMAT"

Rujukan: http://www.myhealth.gov.my/myhealth/eng/template.jsp?showMe=31&storyid=1235632418750
http://en.wikipedia.org/wiki/Metabolic_syndrome
http://edition.cnn.com/HEALTH/library/metabolic%20syndrome/DS00522.html?iref=allsearch

Jom Follow Me